Kali ini saya ingin terangkan kepada anda tentang berumrah dalam waktu puncak ( peak season ) seperti cuti sekolah di Malaysia, cuti di Negara –negara Arab teluk dan bulan Ramadhan. Harganya naik antara 300 RM - 500RM.
Harga tidak menjadi masalah.bagi anda , walau pun harganya naik rasanya anda mampu membayarnya tetapi masalah yang paling utama ialah untuk mendapatkan seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi cuti sekolah. Mengikut rekod tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat
Saya pun nak pergi cuti sekolah bulan Mei ini tetapi saya beri cadangan sekiranya boleh , kita pergi mungkin beberpa hari sebelum cuti sekolah atau minggu pertama dalam cuti kerana nak dapatkan seat betul-betul dalam cuti sekolah amat sukar sekali.
Sepanjang saya memimpin jemaah , sebanyak 4 kali kami berangkat dalam cuti sekolah dan satu kali dalam bulan puasa. Untuk pengetahuan anda musim cuti sekolah dan bulan puasa adalah musim puncak, harga ticket naik antara 200RM - 300 RM dan nak dapatkan seat adalah sukar tetapi melalui cara yang saya lakukan alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah terkandas. Tahun-tahun lepas saya beritahu jemaah bahawa belum tentu akan dapat seat pada tarikh yang kita inginkan, cuma saya boleh berikhtiar sahaja dan jangan terlalu mengharapkan sangat tarikh yang kita nak pergi kerana mungkin kita dapat seat sebelum bermulanya dua tiga hari atau 1 minggu cuti sekolah atau sesudahnya.
Oleh kerana saya cakap begitu , ada jemaah yang tidak yakin kepada saya dan tak mahu pergi dengan saya. Saya nak buat macam mana, saya tak akan berjanji sepertimana orang lain berjanji yang akhirnya tarikh ditunda.
Seperti yang saya telah jelaskan dalam mesej terdahulu bahawa pada cuti sekolah 2004 , sewaktu saya nak mengerjakan `umrah kawan isteri saya nak ikut sama ,namun begitu suaminya nak pergi dengan orang lain yang mem promote
Mengikut jadualnya dia bertolak dahulu daripada saya tetapi akhirnya saya dan jemaah saya seramai 10 orang ( termasuk saya ) bertolak dahulu ke Makkah sedangkan dia belum bertolak lagi kerana ditunda keberangkatan beberapa kali. Dia lewat 3 hari dari saya.
Di Makkah, kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman kerana tiket tak confirm. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari sebelum saya . Ini bermakna pakej dia hanya 10 hari sedangkan janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia datang ke tempat saya , mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf wada`( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`. Lagi pun tawaf wada` umrah ini khilaf ulama tentang hukumnya, ada yang mengatakan wajib dan ada yang berpendapat ianya sunat.
Tahun lepas bapa sepupu saya ( sepupu ayah saya ) yang tanya saya umrah cuti sekolah. Saya beritahu dia bahawa cuti sekolah susah nak dapat seat . Bapa sepupu saya ini dan kenalannya seramai 60 nak ikut pergi bersamanya dan dialah yang mereka serahkan untuk buat urusan. Mereka ini semua nak naik pesawat MAS atau Saudia kerana tak nak singgah dimana-mana tempat. Saya katakan sukar nak dapat seat MAS dan Saudia pada musim cuti sekolah tetapi kalau nak naik pesawat
Sebelum itu dalam bulan Mei 2007 saya pergi dengan pesawat
Selepas itu saya tak bertemu lagi dengan bapa sepupu saya itu. Akhirnya apa jadi ?? Di Makkah saya bertemu dengannya dan saya tanya beritanya. Dia malu-malu menceritakan apa yang telah berlaku. Yang malangnya mereka dapat pergi setelah seminggu cuti sekolah berlalu dan keinginan mereka nak bertolak serentak dengan pesawat MAS tak berjaya, semuanya naik pesawat Qatar dan kumpulan mereka berpecah pula, tak dapat bertolak pada tarikh yang sama. pula. Dia kata , memang betul apa yang saya kata dahulu. Saya kata kepadanya : " Kalau nak naik pesawat
Saat yang paling genting sekali bagi saya untuk mendapatkan seat pada waktu cuti sekolah ialah tahun 1994, iaitu kali pertama saya bawa jemaah seramai 15 orang . Ketika itu cuti sekolah bulan Desember. 2 minggu sebelum cuti sekolah, Dr Mahathir umumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan melawat Baitul Maqdis dan mereka yang ingin mengunjungi Baitul Maqdis diminta datang ke immigresyen untuk dicopkan passport nya. Sejak pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia berebut-rebut nak naik pesawat Royal Jordanian ( RJ ) kerana Amman, ibu negara Jordan adalah pintu masuk untuk ke Baitul Maqdis kerana urusan visa dibuat di Amman.
Ketika itu saya berada dalam saat yang sukar kerana semua jemaah nak naik pesawat RJ sedangkan nak masuk ke Baitul Maqdis belum tentu dapat lagi. Saya dapat tahu ini kerana saya tanya Manager RJ sendiri dan dia kata masih tak jelas lagi kerana kerajaan
Oleh kerana terlalu ramai yang nak naik pesawat RJ, ticket RJ yang sebelum ini harganya paling murah ( lebih kurang harga ticket pesawat
Sejak tahun 1994 lagi saya berurusan dengan travel agensi kerana saya beli tiket dari mereka. Oleh kerana lama berurusan dengan travel agensi maka saya dah faham sangat dengan sikap dan attitude tuan-tuan punya agensi.
Oleh itu berhati-hatilah berurusan dengan travel agensi kerana kalau anda tanya mereka , mereka jawab boleh sahaja sedangkan mereka pun tak tahu samada boleh dapat seat atau tidak. Kalau mereka kata " nanti kita buat tempahan dan tak tahu lagi samada boleh dapat seat atau tidak ", mereka takut jemaah lari kepada travel yang lain. Sebab itulah mereka kata boleh pergi dalam cuti sekolah.
Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa matlamat utama rakyat
Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah travel egensi tidak mahu mengatakan kepada pelanggan perkara yang sebenarnya berlaku berkaitan dengan urusan penempahan tiket ( seat pesawat ).Ini adalah disebabkan sekiranya mereka katakan perkara yang sebenar , mereka takut pelanggan lari ke travel yang lain. Sebab itulah kalau kita tempah tiket pada tarikh yang ditetapkan seringkali kita dapat jawapan yang memuaskan dan meyakinkan, tetapi akhirnya mungkin tarikh itu ditunda. Mereka bukannya menipu wang jemaah, jarang sangat yang menipu jemaah. Cuma yang selalu berlaku ialah penangguhan penerbangan. Inilah antara sebab-sebab mengapa saya uruskan sendiri jemaah saya. Saya hanya beli tiket melalui travel egensi dan saya tak bayar wang deposit tiket sekiranya tiket tak dapat confirm lagi.
Bagaimanakah seat dapat di confirm
Didalam urusan airlines ada satu istilah yang di panggil block seat . Sebagai contohnya travel agensi awal-awal lagi minta pihak airlines block seat , mungkin 3, 4, 5 atau 6 bulan sebelum tarikh keberangkatan tetapi mereka tak bayar wang deposit. Katakan mereka block 50 seats untuk penerbangan 10.5.2007. Apabila ada jemaah yang minta tarikh tersebut mereka kata : oh, memang tarikh itulah yang kita tetapkan. Jemaah pun senang hati. Akhirnya penerbangan mereka ditunda. Kenapa Ya ? Sebab travel agensi yang block seat untuk 50 penumpang menjangkakan seat itu dapat di confirmkan oleh airlines nanti tetapi hingga saat-saat akhir tak dapat di confirm dan pada akhirnya terpaksa ditunda pada tarikh yang lain. Inilah yang kerap berlaku setiap tahun, terutamanya waktu musim puncak.
Sekiranya mereka bayar wang untuk block seat besar kemungkinan seat mereka dapat confirm awal. Namun begitu ada juga yang tak dapat confirm. Ini berlaku kerana kemungkinan ada travel yang nak block seat bayar deposit lebih dari itu.
Dalam pada itu ada travel yang block banyak seat dengan harapan dapat mencari pelanggan sebelum tarikh akhir pihak airlines tetapkan untuk bayaran penuh, Travel ini mungkin awal-awal lagi bayar deposit tetapi hingga saat-saat akhir dia tak dapat cari pelanggan untuk memenuhi semua seat yang di block. Oleh itu dia pun bertindak menjual seat yang di block itu kepada travel agensi yang lain dengan harga yang lebih tinggi dari yang dijual oleh airlines.Dalam hal ini selalunya akan berlaku tawar menawar diantara mereka. Oleh itu travel agensi yang beli tiket dari travel agensi yang buat block seat itu terpaksa membayar harga tiket yang tinggi. Sebab itulah harga tiket diantara satu agensi dengan yang kain tidak sama harganya. Ini selalu berlaku pada musim cuti sekolah.
Disamping itu ada travel ejen yang tak bayar makan kepada caterer di Makkah dan Madinah. Travel yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan travel yang tak jujur ini. Travel yang tak jujur ini akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya macam itu juga.
Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang lain. Travel yang tak jujur ini sudah tentu banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka. Syarikat travel yang jenis macam ni memang boleh tawarkan pakej yang lebih murah dari syarikat lain kerana syarikatnya hanya hantar jemaah kepada wakil ( caterer ) di Makkah dan Madinah tetapi tak bayar apa-apa. Kasihan jamaah yang tak tahu apa-apa, mereka hanya tahu pakej yang dibayar lebih murah dari yang ditawarkan syarikat yang lain.
Pada bulan Mei tahun ini saya sendiri tak pasti lagi samada nak pergi betul-betul cuti sekolah atau beberapa hari sebelum cuti sekolah. Cuma saya buat cadangan sahaja untuk mengelakkan kesukaran.
Sekian semoga kita semua di bimbing ALLAH. Aamin Yaa Rabbal `aalamin.
2 comments:
Assalamualaikum Tuan,
1. Saya doakan semoga Tuan sekeluarga sihat dan sejahtera.
2. Untuk maklumat Tuan sebelum ini saya pernah 3 kali pergi Umrah dan 1 kali ibadah Haji. Dimana semuanya saya pergi melalui ejen.
3. Di sini saya bercadang untuk pergi buat Umrah secara sendiri tanpa melalui ejen. Bolehkah saya bertanya pada Tuan beberapa perkara berikut:
a. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan 'Visa Umrah'?
b. Jika saya perlu mohon melalui ejen yang menguruskan permohonan Visa Umrah, bolehkah Tuan sebutkan beberapa nama Ejen berkenaan yang pada fikiran Tuan boleh dipercayai dan diyakini untuk dapatkan Visa Umrah?
c. Mengikut pengalaman Tuan, berapakah bayaran yang mungkin perlu saya bayar pada Ejen berkenaan untuk mohon Visa Umrah?
4. Saya mengenali Tuan melalui forumer topik mengerjakan umrah secara persendirian.
Hj Saad
Sg Petani, Kedah
Tahniah untuk anda yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak melalui agen. Cerita anda ini kalau boleh di kongsikan kepada bakal jemaah yang memilih cara ini adalah sangat berguna dan ilmu itu dapat di kembangkan. Selagi ilmu yg kita kembangkan walaupun ianya merupakan umrah persendirian ini dan ianya di ikuti, pasti anda akan mendapat sedikit pencen darinya. Oleh itu marilah kita sama-sama kembangkan pengetahuan menunaikan Umrah Cara Persendirian dgn pelbagai cara media sosial yang ada dewasa ini.
UMRAH PERSENDIRIAN
Saya telah mewujudkan whatsapp group atas nama 'Umrah Persendirian' kerana dewasa ini penggunaan whatsapp lebih di sukai masa kini. Group whatsapp pertama sudahpun penuh. Satu group telegram juga di wujudkan atas nama sama tetapi kurang disukai kerana tidak mesra pengguna.
Tujuan group di buat antaranya mengumpul mana2 jemaah yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau cara tanpa agen dan apa2 nama yg membawa erti umrah persendirian serta bakal bakal jemaah umrah yang memilih cara umrah persendirian.
Group yang sudah mempunyai keahlian melebihi 50 org telah aktif dan ada beberapa ahlinya yang sudah melakukan umrah cara persendirian ini. Perjumpaan pertama antara ahli yang berada di Lembah Klang dan yang dapat hadir akan di buat dalam masa terdekat.
Keahliannya terbuka kepada semua oyrang Islam berumur 18 tahun dan ke atas tanpa syarat lain.
Sekiranya saudara/saudari berugama Islam membaca tulisan ini, saudara-saudari berhajat menyertai whatsapp itu boleh berbuat dgn menghubungi email umrahsenang@gmail.com untuk mendapatkan no whatsapp atau apa-apa maklumat berkaitan.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama berjimat dalam melakukan ibadah umrah cara persendirian dengan kadar 30% ke 50 % dari kadar mengikut pakej TA.
Sekian, terima kasih.
Post a Comment