Wednesday, January 12, 2011

UMRAH SUNNAH 2011

Insha ALLAH saya merancang nak buat 3 trip umrah tahun ini, iaitu bulan 3, 4 dan 5. 2011.Namun begitu tidak pasti lagi nak ziarah ke mana kerana ianya tertakluk kepada permintaan jamaah. Cuma cadangan saya ialah
1. umrah/ziarah Pakistan, harga anggaran 4650RM, cuti sekolah 5250RM
2. umrah/ziarah San`aa Yaman , harga anggaran 4800RM, cuti sekolah 5350RM
3. umrah/ziarah Jordan/, harga anggaran 5500RM, cuti sekolah 5800RM
4. umrah/ziarah Jordan/Syria, harga anggaran 6500RM, cuti sekolah 6900RM
5. umrah/ziarah Jordan/Baitul Maqdis, harga anggaran 7000RM
6. umrah/ziarah Jordan/Istanbul, harga anggaran 6600RM, cuti sekolah 7000RM
7. umrah/ziarah Kaherah, harga anggaran 6200RM, cuti sekolah 6600RM.
8. Umrah sahaja dengan pesawat Mas, Qatar, Emirates, Ettihad, Gulf Air atau Saudi.

Umrah/Baitul Maqdis tak dapat saya berikan harga buat masa ini kerana saya belum dapat harganya. Walau bagaimana pun sila lihat harga Umrah/ Jordan dan untuk ke Baitul Maqdis ditambah lagi antara 150USD hingga 250USD, tertakluk kepada jumlah hari bermalam di Baitul Maqdis dan jumlah jamaah. Boleh juga tidak bermalam di Baitul Maqdis, iaitu pergi waktu pagi dan pulang petang hari.

Harga pakej ketika cuti sekolah biasnya naik antara RM 300 hingga 800RM.

Harga tiket airlines untuk bulan March, April dan Mei belum lagi diperolihi. Apa yang kita lihat iklan di akhbar hanyalah anggaran sahaja dan selalunya harga itu akan berubah.

Oleh itu sesiapa yang nak pergi umrah sahaja atau umrah sambil melawat keherah, jordaan, Baitul Maqdis, Yaman atau lain-lain tempat cepat-cepat berikan nama kerana seat pesawat untuk umrah bulan Mac, April Mei dan cuti sekolah seperti goreng pisang panas, kalau kita lambat pihak airlines akan berikan kepada syarikat lain yang dapat berikan nama jemaah dan bayar wang deposit.

Mengapa saya memilih umrah sambil melawat ? Kerana firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"

Jadi lawatan ke Mesir atau lain-lain tempat untuk melihat kesan2 kehancuran kaum yang terdahulu agar ianya menjadi iktibar kepada kita.

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam, apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif ( pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak saudara kita sesame Islam mengerjakan umrah bersama saya. Sekarang ini memang banyak syarikat dan penganjur yang mengendalikan umrah tetapi apa yang saya lihat ramai pembimbing syarikat dan penganjur melakukan kesilapan sewaktu membimbing jemaah. Apa yang paling penting sekali didalam mengerjakan umrah adalah melaksanakan umrah dengan cara yang betul mengikut apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam.

Matlamat saya yang paling utama ialah nak bimbing jemaah cara yang betul mengerjakan umrah disamping untuk berdakwah. Disamping itu jumlah jamaah umrah saya tidaklah ramai, tahun lepas hanya 15 orang bulan March 2010 dan 23 orang bulan Mei cuti sekolah. Oleh kerana jamaah kecil wujudlah keselesaan kepada jamaah.

Sekian semoga kita semua sentiasa dibimbing,diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah dan semoga hasrat kita untuk mengerjakan umrah dipermudahkan dan direzkikan ALLAH. Aamin Yaa Rabbal `aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

7 comments:

Awang Jeragang said...

Assalaamu'alaikum.

Ustaz, saya bercadang (merancang) utk mengerjakan Umrah bersama keluarga pada tahun depan (2012) Ketika visa umrah mula dibuka sebaik sahaja selesai musim Haji tahun ini. Maksudnya, saya tidak ingin pergi dgn menggunakan visa Ziarah seperti yg dilakukan oleh kebanyakan agensi.

Selain pakej yg lebih mahal, saya bimbang jika timbul masalah lain seperti urusan visa yg tidak beres, penerbangan, penginapan di sana, dll.

Dan satu lagi, saya telah lama mencari orang atau agensi yg boleh memandu atau membimbing saya (dan keluarga)utk melakukan ibadat umrah mengikut sunnah.

Awang Jeragang said...

Sejak hari pertama ketika di dlm bas dari airport Jeddah menuju ke Madinah, saya sudah dapat rasakan ada sesuatu yg tidak beres dgn mutawif yg diupah secara bidan terjun ini. Ketika memulakan perjalanan, dia memberi sepatah dua kata ucapan selamat datang dan kata-kata aluan, dan menceritakan tentang kelebihan mengerjakan umrah yg pahala yg berlipat ganda dan ganjaran begitu dan begini.

Saya tidak salahkan hal itu, cuma saya bertanya, Sekarang pukul berapa di sini (Arab saudi), waktu Isyak pukul berapa, berapa jauh jarak perjalanan dari Jeddah ke Madinah, perjalanan dijangka mengambil masa berapa lama, kita berhenti di mana, Subuh pukul berapa, adakah kita sempat solat Subuh di Madinah atau tidak... dan mutawif tersebut tidak menjawab pertanyaan saya bahkan memandang saya dgn pandangan yg prejudis. Akibatnya, kami sampai di Madinah ketika hari telah cerah dan matahari telah naik tinggi (lebih kurang keadaan pada pukul 9.00 pagi di Malaysia).

Mutawif tersebut dimarahi oleh seorang mutawif lain (orang Malaysia) yg menunggu di madinah, kerana telah diberitahu jika tak sempat sampai ke madinah dlm waktu Subuh, singgahlah di mana-mana masjid di tengah jalan.... Mutawif Indonesia tersebut hanya buat-buat tak tahu, dan selepas mutawif Malaysia itu beredar ke kaunter hotel utk menguruskan hal penginapan rombongan kami, barulah mutawif Indonesia itu bersuara memberitahu rombongan kami : "ah, jangan dengar sangat... dia tu wahabi..!"

Dipendekkan cerita, ketika lawatan dan mengerjakan ibadat, saya banyak berselisih pendapat dgn mutawif tersebut dlm beberapa hal termasuk 'solat menghormati waktu'.... kesimpulannya, dia memberitahu semua jemaah lain kononnya dlm rombongan ini ada orang wahabi. Selepas itu, dlm sebarang taklimat atau tazkirah, tidak ada lain yg diberitahu melainkan menceritakan tentang keburukan golongan wahabi dan kesalahan yg telah dilakukan oleh orang Arab Saudi terhadap agama.

Itulah serba ringkas yg saya nak beritahu pengalaman saya pergi mengerjakan umrah dgn agensi terkenal. Selepas itu, saya berdoa, kalau diizinkan Allah, dan kalau diberi kelapangan, saya nak pergi umrah (dan melawat, kalau boleh), saya akan cari orang atau agensi yg buat umrah mengikut sunnah... Alhamdulillah, saya terbaca blog ustaz.

Saya akan follow blog ustaz, dan berharap satu hari nanti saya akan diberi kesempatan utk berjumpa dgn ustaz (kerana saya rancang nak pergi pun lambat lagi... tahun depan).

Wassalam.

Awang Jeragang said...

Maaf, ada posting yg tertinggal antara dua posting dia atas....

Secara ringkasnya, saya dan isteri pernah pergi umrah tahun 2008, dgn agensi yg terkenal di malaysia dlm bab menguruskan Haji dan Umrah....

Tetapi saya rasa agak terkilan dan ralat bila mendapati agensi tersebut telah melantik seorang anak muda Indonesia sebagai mutawwif utk membimbing rombongan kami ketika di sana.. dia mendakwa sebagai pelajar yg sedang menuntut di Mekah... samada benar atau tidak, wallahu'alam.

Awang Jeragang said...

Utk pengetahuan ustaz, saya dan isteri pernah pergi Umrah tahun 2008 dgn menggunakan khidmat agensi Haji dan Umrah yg terkenal (tidak molek utk saya menyebut nama syarikat itu di sini). Kami bayar harga yg lebih mahal kerana waktu itu visa umrah belum keluar, jadi terpaksa menggunakan visa ziarah. Dan memang kami dibawa melawat beberapa tempat seperti Madain Saleh di al-Ula dan Ta'if. Itu tidak jadi masalah kerana saya memang suka melawat tempat-tempat bersejarah.

Tetapi yg menyebabkan saya rasa agak terkilan dan ralat ialah mutawwif yg dilantik oleh agensi tersebut ketika di sana oleh seorang anak muda (saya tidak menggunakan istilah 'budak' kerana takut disalah-fahami sebagai 'hamba abdi') Indonesia yg mendakwa kononnya dia adalah pelajar yg sedang menuntut di Mekah. Samada betul atau tidak dakwaan itu, wallahu'alam.

Mutawwif ini sangat tidak tahu utk membimbing dan memandu rombongan kami, baik semasa melawat, atau pun semasa di Madinah, bahkan semasa mengerjakan umrah di Mekah. Bahkan urusan perjalanan dan penginapan pun semuanya kelam kabut dan berterabur.

mdnasiridris said...

Assalaamu`alaikum warahmatullah.

Saya minta maaf banyak2 kepada saudara kerana dah lama saya tidak update blog ini dan hampir terlupa. Hari ini saya buka blog ini dan lihat ada komen dari saudara.

Tahun 2014 insha ALLAH saya akan mengerjakan umrah. Kalau saudara berminat boleh hubungi saya di naasiha@yahoo.com (pemilik blog ini).

Sekali lagi saya minta maaf . Semoga saudara sekeluarga dan saya di beri pertolongan oleh ALLAH ,

sekian , wassalaamu`alaikum warahmatullah.

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

Umrah Sunnah said...

Assalamu 'alaikum w.b.t.

Mohon izin daripada admin untuk kami jemput para pengunjung blog ini untuk "Like" paga FB kami, UMRAH SUNNAH.

Kami menawarkan pakej mengerjakan umrah yang thabit dari sunnah nabi s.a.w.

Umrah Musim Sejuk yang terdekat adalah pada Disember 2015. Para jemaah dialu-alukan untuk berdialog/bersoal-jawab dalam page berkenaan.

https://www.facebook.com/Umrah-Sunnah-308581415932782/timeline/?ref=hl