Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
Berhati-hati Jangan Terpegaruh Dengan Iklan Umrah Murah
Banyak tedapat iklan umrah murah yang kita baca. Persoalannya adakah betul bagai dikata.
Kalau tuan/puan nak tahu apakah yang dikatakan Umrah Murah itu. Terdapat beberapa cara yang dilakukan oleh egensi atau penganjur umrah. Antaranya ialah:
(1) Mengambil pesawat murah yang menggunakan DC10 iaitu pesawat yang berumur lebih dari 20 tahun dan sering rosak, seperti Biman/Bangladesh Airline . Oleh kerana enjinnya selalu diperbaiki maka seringkali berlaku delay di KLIA, Jedah malah ada juga beberapa hari di Dhaka, Bangladesh sewaktu transit.
(2) Egensi atau penganjur memilih pesawat yang biasa seperti Qatar Airways, MAS dan lai-lain, namun begitu jemaah ditempatkan di Apartment yang agak jauh dari masjid dan mungkin satu bilik diasingkan lelaki dan perempuan supaya dapat dimuatkan ramai dalam sebuah bilik, jadi kosnya murah.
(3) Sebagai tambahan dari no (2) Mungkin bayaran sewaktu transit dan ziarah di tanah suci ditanggung sendiri oleh jemaah.
(4) Pesawat biasa dan hotel baik yang berdekatan dengan masjid, tetapi mengikut skim promosi dimana pelanggan awal menikmati ciri-ciri pakej di atas menggunakan wang pelanggan terkemudian. Kesudahannya, pelanggan terkemudian terkandas kerana wang tidak cukup untuk membayar kos tiket, hotel, bas dan makan minum di Tanah Suci lalu wang mereka tidak dikembalikan.
(5) Ini yang paling dahsyat. Kes ini melibatkan sesetengah syarikat travel ejensi dan penganjur umrah. Kes ini dahsyat kerana terdapat sesetengah ejensi dan penganjur umrah di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan2 saya.
Saya ada senarai egensi dan penganjur umrah yang di black list
Mengapa mereka ini di black list ? Sebab kerana tak bayar wang makan. 2 tahun lepas salah seorang kawan saya ( caterer ) dari Makkah pulang ke
Masalahnya jemaah membayar pakej penuh dan ini termasuk wang makan dan hotel tetapi ada sesetengah egensi yang tak membayarnya di Makkah dan Madinah.
Dalam erti kata lain anda bayar pakej penuh kepada ejensi untuk berumrah tetapi mereka inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Ejensi dan penganjur umrah yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Mungkin pada mulanya mereka hanya nak berhutang sahaja untuk nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak itu menjadi banyak dan berat nak membayarnya. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan mereka. Dengan itu mereka akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya macam itu juga. Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang lain. Ejensi dan penganjur umrah penipu ini sudah tentu banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka. Caterer pula tak sampai hati tak beri makan kpd jemaah umrah kerana mereka dah bayar kpd ejensi .
Selain itu ada juga syarikat ejensi dan penganjur umrah yang di black list oleh tuanpunya2 hotel yang pernah mereka tempatkan jemaah mereka menginap kerana masih berhutang dengan hotel-hotel itu.
Namun begitu yang paling penting sekali ialah handaklah mencari orang yang pandai tentang haji dan umrah kerana banyak kes yang berlaku penganjur atau pembimbing yang kurang faham mengenai haji dan umrah mengeluarkan berbagai-bagai fatwa yang salah kepada jemaah mereka. Insha ALALH saya akan terangkan nanti.
Oleh itu nasihat saya berhati-hatilah supaya umrah kita benar-benar mabrurah.
Sekian wassalam.
1 comment:
tak payah la menceritakan pasal umrah murah nie.. memang banyak kelemahannya, tetapi seolah-olah tuan mahukan keuntungan dari cerita tuan ni. macam mana kalau ada pakej umrah murah yang bagus?
Post a Comment