Friday, February 1, 2008

UMRAH DAN ZIARAH 2009

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka laksanakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh Nabi Sallallaahu` alaihiwasallam, apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.


Kerana yang paling penting sekali didalam mengerjakan umrah adalah melaksanakan umrah dengan cara yang betul.Sekarang ini memang banyak syarikat dan penganjur yang mengendalikan umrah tetapi apa yang saya lihat ramai pembimbing syarikat dan penganjur melakukan kesilapan sewaktu membimbing jemaah. Mudah-mudahan tidak berlaku lagi.

Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 umrah/Jordan. ( jumlah jemaah 15 orang).
- Tahun 1995 umrah/Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam diAmman,Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ). Jumlah jemaah 14. - Tahun 1996 umrah/Jordan/Baitul Maqdis 15 hari. Jumlah jemaah 11 orang.
- Tahun 1997 umrah/ Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang.
- Tahun 1998 Tak pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.
- Tahun 1999 umrah/Istanbul . Jumlah jemaah 9 orang . - Tahun 2000 tak pergi kerana tiada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan. - Tahun 2001 umrah/ Istanbul/ Mesir.(18 hari – 2 hari Istanbul dan 5 hari di Kaherah ) . Jumlah jemaah 8 orang.
- Tahun 2002 umrah/Dubai.( 14 hari ).Jumlah jemaah 11 orang .
- Tahun 2003 umrah/ Dubai ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 10 orang dan awal Ramadhan umrah sahaja 15 hari. Jumlah jemaah 8 orang.
- Tahun 2004 umrah/Bahrain ( 15 hari ) Jumlah jemaah 7 orang dan pada bulan March 2004 saya pergi ke China selama 9 hari.
- Tahun 2005 umrah/ Berunai ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 23 orang .
- Mei 2006 umrah/Qatar ( 15 hari ). Jumlah jemaah 25 orang dan cuti sekolah Jun 2006 (14 hari ) .Jumlah jemaah 9 orang. - Cuti sekolah Mei 2006 umrah/Amman ( 14 hari ) Jumlah jemaah 25 orang. - Cuti sekolah Mei 2007 Umrah/Amman (14 Hari). Jumlah jemaah 28 orang.

- Cuti sekolah Mei 2008 dibahagi kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan Umrah/Amman (14 Hari) diketuai oleh Ustaz Azamudin. Kumpulan kedua Umrah/Bahrain diketuai oleh Ustaz Khairul Amin dan kumpulan ketiga dipimpin oleh saya sendiri iaitu Umrah/ Amman/Syria. Jumlah jemaah semua 72 orang. Kemudian pada 31.7.2008 sekali lagi saya pergi umrah dengan kakitangan MAS.

Oleh kerana saya bekerja maka saya tak dapat selalu pergi ke Makkah. Hanya 1 kali setahun sahaja saya dapat pergi kecuali tahun 2004, 2006 dan 2008 saya pergi 2 kali .

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 15.3.09 sehingga 14.6.09. Ini bermakna rombongan saya boleh mengerjakan umrah diantara tarikh tersebut. Walaubagaimana pun kalau sesiapa nak pergi bulan March saya nasihatkan biarlah akhir March kerana kita bimbang visa umrah belum dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.

Begitu juga dalam bulan Januari atau Februari kerana nak dapatkan visa ziarah agak sukar. Perangai tok Arab tak menentu. Adakalanya visa ziarah dikeluarkan dan adakala tak dikeluarkan , nanti terkandas. Oleh itu saya selalu menasihati rakan-rakan yang ajak pergi bulan Januari, Februari dan March agar tangguhkan dahulu sehingga akhir March kerana risikonya tinggi.

Buat masa sekarang kita tak tahu lagi bilakah visa umrah mula dibuka. Oleh itu saya tak galakkan pergi pada awal bulan March dan tengah bulan March.

Walaubagaimana pun saya lebih suka Umrah dalam bulan April kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,

Tahun ini saya lihat pihak travel egensi lebih berhati-hati , tidak seperti tahun-tahun lepas dimana mereka keluarkan iklan umrah mereka dalam bulan Disember lagi. Tahun ni hanya beberapa syarikat sahaja yang iklankan pakej umrah awal. Ini kerana keadaan tidak menentu. Walau pun harga minyak turun tetapi harga tiket setiap tahun naik lebih kurang 300RM. Harga tiket tak pernah turun , Maksud saya tiket ke Jedah kerana pihak airlines berpendapat walaupun harga naik umat Islam tetap pergi mengerjakan Umrah dan bilangannya makin bertambah setiap tahun. Ada pun harga tiket ke destinasi lain memang ada penurunan harga. Disamping kenaikan harga tiket satu lagi kenaikan yang tidak dapat di elakkan , iaitu kos penginapan di Tanah Suci ekoran daripada banyak hotel telah pun di robohkan. Sehingga sekarang tuan punya hotel yang masih beroperasi belum lagi menetapkan harga untuk bulan March dan seterusnya. Satu lagi faktor kenaikan ialah matawang Ringgit telah jatuh. Kalau bulan Mei dan Julai 2008 pertukaran wang ialah 89RM = 100 Saudi Rial tetapi sekarang 100RM = 100Saudi Rial.

Insha ALLAH trip pertama saya akan mengerjakan umrah dalam bulan April, manakala Pada cuti sekolah bulan Mei 2009, insha` ALLAH sekali lagi saya akan mengerjakan umrah sahaja atau UMRAH/KAHERAH atau UMRAH/JORDAN dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah , tertakluk kepada permintaan. Kalau ramai ramai yang nak ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi Umrah dan ziarah ke negara Arab yang lain .

Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 ,2007 dan 2008. 5 Kali pergi ke Jordan dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996. Walaubagaimana pun sekiranya anda nak mengerjakan umrah sahaja tanpa lawatan saya akan mengikut sahaja.

Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada bulan April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 300RM – 500RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,

Saya juga tidak galakkan anda pergi awal atau tengah bulan March atau awal dari itu kerana sebab-sebab yang akan saya nyatakan selepas ini..

Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Ramai orang yang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis pula mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah kena bayar 200USD untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD, cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.

Walaubagaimana pun untuk umrah Jordan harganya sangat mahal tahun ini kerana Royal Jordanian airlines telah menaikkan harga sebanyak lebih kurang 500RM berbanding tahun lepas. Insha ALLAH pesawat Royal Jordanian akan mula mendarat di KLIA tahun hadapan dan dijangka harga tiketnya tidaklah semahal sekarang .Sekarang kalau nak pergi ke Jordan kita kena naik di Bangkok. Di KLIA kita naik MAS atau Thai airways untuk ke Bangkok. Jadi kita gun adua pesawat, sebab itulah harganya mahal.

Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum dan pengangkutan semasa di Tanah suci. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh .

Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan umrah ini amat mudah sekali.Kita hanya perlu kerjakan rukun2 dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang Khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku2 haji dan umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh ulama sahaja sedangkan Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan kecuali sedikit sahaja.. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan umrah.

Oleh itu nasihat saya berhati-hatilah supaya umrah kita benar-benar mabrurah. Namun begitu yang paling penting sekali ialah handaklah mencari orang yang pandai tentang haji dan umrah kerana banyak kes yang berlaku penganjur atau pembimbing yang kurang faham mengenai haji dan umrah mengeluarkan berbagai-bagai fatwa yang salah kepada jemaah mereka. Insha ALALH saya akan terangkan nanti.

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya secepat mungkin .

Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat. Saya juga minta maaf kerana hantar mesej yamg panjang. Saya sebenarnya nak terangkan apa yang biasa berlaku sebelum dan sewaktu mengerjakan umrah agar jadi panduan bagi yang membaca.

Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Saudaramu Sesama Islam

naasiha@yahoo.com